PERKAHWINAN EIZLAN YUSOF
Contributed by Naz @ Sepang
7 Julai 2007 atau 7.7.07 adalah hari bersejarah bagi pelakon kacak, Eizlan Yusof, 36 dan V
Shantie Haroon, 21. Malah, tarikh hari lahir mereka berdua juga didalam bulan 7, Eizlan 14
Julai & Shantie 26 Julai…
Mereka hanya berkenalan selama 6 bulan. Eizlan telah melamar Shantie semasa beliau berada di
Cannes April tahun lalu melalui telefon.
Mereka telah bergelar suami-isteri yang sah di satu majlis di rumah Shantie di King Fisher,
Kota Kinabalu.
Cincin perkahwinan dibeli di Cannes, Paris. Mereka turut memotong kek 7 tingkat.
Pihak lelaki telah menghantar 7 dulang untuk pihak perempuan. Antara hantaran yang diberi
oleh pihak lelaki ialah sejadah, telekung, sirih junjung, beg tangan “Fendi’, kasut
Salvatore Ferragamo dan set barang-barang kemas.
Wang hantaran perkahwinan berjumlah RM77,777.77 turut diberikan.
Majlis perkahwinan diadakan di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu.